0
was successfully added to your cart.
Category

Mary Jardin Reward

Seminar Usahawan Bisnes Online Percuma: FB Ads Tutorial

By | Faedah Mary Jardin Agent, Mary Jardin Affiliate, Mary Jardin Agent, Mary Jardin Gomo Kelate, Mary Jardin Reward, Peluang Bisnes Di Malaysia | No Comments

Assalamualaikum & Hye Wonderbelle Adorers,

Jumaat yang lepas, tanggal 27 April 2018 telah berlangsung Seminar FB Ads PERCUMA untuk semua usahawan Mary Jardin atau lebih dikenali sebagai #MaryJardinAgent di Mary Jardin Kelantan Outlet.

PERCUMA??

Yup, PERCUMA! Sebabnya HQ Mary Jardin dah belanja almost RM 100,000 untuk memperkasakan agent training. Banyak kan?

Begitulah komitednya HQ dalam memastikan semua agent dapat buat duit poket yang lumayan dengan bisnes natural skincare dan kosmetik ni.

Brand Mary Jardin sendiri dah cukup dikenali ramai walaupun belum pasang signboard dan iklan kat TV pun boleh bilang dengan jari.

Mary Jardin sendiri kekuatannya sangat dipengaruhi oleh foundernya Dr Maryam Aziz yang sangat berpengalaman dalam bidang dermatologi (kulit) dan ianya merupakan produk Muslim tempatan kita.

Jadi kalau ada brand local yang quality setanding antarabangsa, jadi wajiblah kita support kan?

SEMINAR BISNES KE-3 DI KOTA BHARU

Ok back to Seminar FB Ads tadi. Sebenarnya seminar di Kota Bharu ini adalah yang ke-3 selepas di Subang dan Johor Bharu.

Team Trainer tour sepanjang Malaysia untuk ajar tips dan cara buat copywriting berkesan serta tutorial step-by-step sampai jadi!

PREPARATION DI BRANCH OFFICE

Seminar Usahawan Roket Bisnes Online Mudah Cepat Menguntungkan Percuma Cara Buat Copywriting FB Ads Canvas Tutorial Kelas Jana Pendapatan Di Rumah

Sehari sebelum class, kami pasang banner dan setting class. Alhamdulillah penyertaan sangat-sangat menggalakkan dari agent di Kelantan.

Ye lah, sebelum ni kami belajar zero cost marketing. Belajar cara iklan guna FB Personal dan FB Page tanpa kos.

Jadi bila ada kelas untuk roketkan bisnes ke tahap maksima dengan cara yang cepat, mudah dan menguntungkan, mesti la ramai yang nak rebut peluang ni kan.

TRAINER BERPENGALAMAN DARI 2008

Team ini yang diketuai oleh Tuan Salmany dan Tuan Saif telah melantik Cikgu Anas dan Cikgu Rock yang berpengalaman mengendalikan FB Ads dari tahun 2008 lagi.

Maka mereka dah tahu trick untuk menjayakan sesebuah iklan.

Kenapa iklan tidak approved?

Cara menjadikan reach iklan online shop FB Page optimum?

Belajar dari pengalaman orang lain adalah satu kebijaksanaan kan?

YURAN RM 3000 SEORANG!

Kalau tengok caj yuran kelas FB Ads di luar makan ratusan ringgit. Paling murah dalam RM 500.

Tapi adakah trainer ajar dari basic step sampai jadi?

Seminar fb ads untuk Mary Jardin ni special sebab kami ada support group selama 4 bulan worth RM2500.

Jadi sebarang permasalahan dengan iklan Cikgu akan bantu selesaikan.

Alhamdulillah, Ddy rasa sangat-sangat beruntung menjadi salah seorang yang mendapat tajaan sepenuhnya dari Mary Jardin ini.

KELAS FB ADS DDY YANG KETIGA

Honestly ini dah kali ketiga Ddy join kelas FB Ads. Yang pertama bersama Tuan Fidaus Azizi semasa inner cirle meeting (ICM) Mary Jardin pada Februari 2017.

Kedua semasa Certified Internet Marketing Practitioner (CIMP) Course bersama Pakar Google Malaysia; Coach Syakirah.

Tapi setiap kali belajar, kita kena belajar untuk kosongkan gelas kerana setiap guru punya cara dan tips yang tersendiri.

Mungkin cara guru pertama tak kena dengan kita, tapi guru yang kedua sesuai dengan gaya kita. Jadi belajar untuk sentiasa meraikan pendapat dan hormat dengan setiap guru kita ye 🙂

FULL HOUSE!

Alhamdulillah, full house kelas kali ini! Ada yang datang dari Bachok.

Ada yang dah pregnant sembilan bulan masih drive datang demi secebis ilmu.

Ada yang last minute daftar sebab asalnya ada training di tempat kerja.

In shaa Allah, semoga pengorbanan kali ini Allah swt ganjari dengan pulangan berlipat kali ganda 🙂

IT’S BABY FRIENDLY COURSE!

Ada juga yang bawa baby sebab baby masih kecil. Pump masuk botol pun taknak minum. Jadi nak taknak kena la angkut sekali datang kelas kan? hehe

Comel je Amrina ni. Baru 6 bulan dah datang course FB Ads. Lepas ni pandai la dia buat bisnes online!

Ddy sentiasa meraikan ibu-ibu yang ada halangan dengan anak kecil untuk datang belajar. Kerana Ddy juga seorang ibu.

Di saat Ddy memulakan Mary Jardin juga, Belle baru berusia hampir setahun. Untungnya masa tu kelas semua secara online.

Jadi memang tak ada masalah. Kalau ada kelas offline, mesti Ddy kena angkut Belle sekali sebab Belle pun masih menyusu dan tak suka susu botol.

Jangan jadikan bayi sebagai alasan untuk kita tidak berjaya dalam bisnes. Kerana setiap anak yang Allah swt hadiahkan pada kita datang dengan rezekinya yang tersendiri.

BUAT SAMPAI ADS APPROVED!

Tuan Saif cakap kita akan ajar sampai ads approved. Memang betul sangat, Cikgu Rock & Cikgu Anas check setiap peserta supaya ads dah cukup padu dan mantap untuk dilancarkan roketnya.

Yang mana ada masalah cikgu bantu. Sekecil-kecil perkara basic cikgu huraikan mengapa dan kenapa sebab ramai yang newbie dan masih noob tentang fb ads.

LUNCH DI POK MAT PULAU PISANG

Kalau datang branch office Kelantan, tempat makan wajib cuba adalah di Warung Pak Mat Pulau Pisang di Jalan Kuala Besar menghala ke Pantai Cahaya Bulan.

Apa yang best?

Of course Teh Tarik Madu nya yang jadi kegilaan ramai dan Sup Kepala Ikan.

Kalau tanya Ddy best ke letak asikrim dalam teh tarik tu? I would advise you not to sebab sangat la manissss leting!

Tapi trainer ni alang-alang datang nak cuba kan, so worth a try.

KELAS TAMAT 4 PETANG

Alhamdulillah kelas tamat awal dari yang sepatutnya sebab peserta dah bersedia awal dengan tools nak jalankan ads.

Ada yang dah tersu approved iklan.

Ada yang tiba-tiba account flagged, tapi trainer bantu untuk unflag.

Ada yang belajar cara buat video guna slideshow untuk tackle prospect visual dan sensory.

Ada yang dah belajar cara buat copywriting memukau untuk iklan berkesan.

Alhamdulillah, harap ramai yang dapat return yang menguntunkan nanti.

Team trainer ini ada proven record jualan 7 angka sebulan tau. Mereka pernah spend minima RM 18 sahaja, beratus pm yang masuk. Fuh memang kisah kejayaan fb ads terbaik!

UCAPAN TAHNIAH DARI TUAN SAIF

Sebelum pulang, acara wajib untuk groupie.

Sempat berbual dengan Tuan Saif. Katanya bagus ye Kelantan group sales hebat.

Alhamdulillah rezeki dari Allah swt semuanya. Kalau boleh Ddy nak bantu lebih ramai lagi dapat income bulanan sampai 5 angka dengan Mary Jardin.

Even surirumah pun boleh buat sebab bonus in Mary Jardin is infinity!

Sempat Ddy close seorang new agent; Cikgu Atikah. Cikgu Atikah grab Essential Set promo, non-comedogenic Foundation code natural, bodycare Hand Lotion, Body Scrub & minuman tenaga Oxivit

 

Antara nak dengan tidak sahaja. Usaha tu paling penting dan doa sepenuh hati semoga Allah swt permudahkan jalan ini.

Kadang-kadang manusia suka complain dengan hasil yang baru sekali buat.

Mungkin sekali buat bukan yang terbaik. Buat lagi dan lagi. Belajar perbaiki usaha dan reflect apa lagi yang aku belum buat lagi untuk capai kejayaan.

Repetition is the key to success. Excellence then is not an act, but a HABIT.

JUMPA LAGI DI KELAS ADVANCE

Terima kasih pada semua yang hadir. In shaa Allah kita jumpa lagi bulan depan dengan kelas advance yang lebih best!

Kalau anda berminat untuk menjalankan bisnes ONLINE Mary Jardin hanya dari rumah dengan zero modal, untung cepat dan mudah, anda boleh baca artikel Ddy di sini atau terus whatsapp untuk mendaftar.

Anda juga boleh melanggan ebook Ddy di bawah ini sebelum link ebook ditutup.

Terima kasih kerana sudi membaca. Salam kejayaan dunia akhirat dari Ddy 🙂

 

Surprise Box Gift From HQ Mary Jardin: Thank You Dr Maryam

By | Mary Jardin Agent, Mary Jardin Reward, Peluang Bisnes Di Malaysia, Planner Datebook Mary Jardin | No Comments

Assalamualaikum & hye kepada semua,

Cuaca terik panas sekarang kan?

I was down with migraine and fever three days back due to dehydration. Please take a good care of yourself. Minimum 2.5 litres of drinking water should be your daily bestfriend.

Seminggu yang lepas, Dr Athiq yang merangkap co-founder Mary Jardin minta Branch Office Manager isikan nama dan alamat Nourricier Branch Office. Masa tu, Ddy terfikir mungkin Hq nak guna untuk database dalam web.

JENG JENG JENG

Tup tup semalam di Mary Jardin Kota Bharu Kelantan Branch Office semalam sampai satu surprise box gift warna kelabu dari HQ.

Ddy tak ada di ofis ketika kejadian. Sesampai di ofis, ada 2 hadiah ini atas meja.

Surprise Box Reward Gift From HQ To Branch Office Kota Bharu Kelantan Sejadah Wangi Turki Business Planner Thank You Mary Jardin Founder Dr Maryam Aziz Daftar Agent

“Terima Kasih Untuk 17 Bulan Bersama Mary Jardin”

Sehelai sejadah lembut Turkey warna pastel soft pink dengan sulaman. Dan sebuah planner organizer Mary Jardin.

Rasa terharu sangat! Ini dah kali keempat Ddy dapat hadiah tajaan dari Mary Jardin (MJ).

Kali pertama ketika mendapat hadiah gelang Pandora sempena reward Highest Personal Sales November 2016. Anda boleh membaca kisahnya di sini.

Kali kedua ketika Master Stockist Inner Circle Meeting (ICM) di Port Dickson pada Februari 2017. Ddy ditaja satu keluarga selama seminggu bersama ticket waterpark.

Kali ketiga ketika upgrade to VIP seat ketika Seminar Bisnes DNA bersama Ibu Hanim. Satu seat berharga 2k dan mendapat keistimewaan untuk meet the speakers in private lounge.

CANTIK SANGAT SEJADAH NI!

Pernah anda terima hadiah sejadah dalam hidup anda? Bagi Ddy, ini kali ketiga.

Kali pertama terima sebagai hadiah perkahwinan. Ada yang masih digunakan. Sebahagiannya di wakafkan.

Kali kedua terima sejadah Dubai dari ayah dan umi. Sejadah plain satu tona warna yang sangat tebal dan gebu. Hakeem dan Belle suka main guling-guling atas sejadah ni.

Sejadah pemberian Dr Maryam Aziz kali ini sangat istimewa sebab warna pastel. Design nya juga sangat rare. Lembut sangat mata memandang. Wangi pulak tu.

Terus Ddy gunakan untuk solat Asar sementelah tu juga hehe

SEJADAH WANGI ISTIMEWA DARI ISPARTA,TURKI

Ddy pernah terbaca mengenai sehelai sejadah wangi yang diimport dari Isparta, Turki. Sejadah tersebut sangat istimewa sebab memiliki bau yang sangat harum, bertahan sehingga sebulan bergantung pada kekerapan penggunaannya.

Isparta sangat terkenal di Turki sebagai tempat penghasilan minyak bunga mawar dalam bidang kosmetik dan minyak wangi lebih 12o tahun.

Haisshh, sejak terbaca tu nak sangat terima hadiah sejadah dari Turki. Tak sangka sekarang dapat! Alhamdulillah 🙂

PAHALA BERGANDA

Pernah dengar bila kita wakafkan hatta sehelai selipar di masjid untuk digunakan orang berwudhu, setiap langkah dikira pahala kepada si pewakafnya?

Begitulah juga bila Dr Maryam menghadiahkan sejadah ini kepada ini, selagimana Ddy masih menggunakannya (manager I pun tumpang guna juga), selama itulah akan terus menjadi sungai pahala kepada Dr Maryam juga.

Allahuakbar! Semoga dikira sebagai salah satu cabang amal jariah, antara 3 pahala berterusan baginya.

MARY JARDIN BUSINESS PLANNER YANG MEMANG AWESOME

Design planner Mary Jardin sentiasa mencuri tumpuan ladypreneur sejak dahulu. So English dan lengkap dengan motivational words, weekly planner, weekly spending dan notes.

Saiz planner kali ni juga lebih kecil dan space-wise. Mudah Ddy angkut ke sana sini Alhamdulillah 🙂

Kata- kata motivasi untuk bulan Mac, ‘Hustle until your haters ask if you’re hiring’.

Macam sesuai je dengan keadaan Ddy yang sedang buka vacancy untuk Admin & Operation Assistant.

Anda boleh baca tentang iklan tersebut di sini.

Anda juga mahu hadiahkan planner ini pada kawan usahawan anda atau reward rakan bisnes? Boleh klik dengan mudah di sini.

Untuk video keseluruhan halaman planner, boleh klik di sini.

THE JOY IN GIVING

One very precious thing that I learn in my 31 years of life is the joy in giving is much much much more than receiving.

Because when you give something to someone, who is happier?

That someone or you who see that someone is happy?

I AM EXTREMELY HAPPY!

Thank you very much Dr Maryam Aziz and Dr Al-Athiq for these special gifts!

Ddy dan seluruh Wonderbelle mendoakan kesihatan yang berpanjangan untuk kalian dan semoga Mary Jardin terus melebarkan sayap hingga jayanya ke seluruh dunia (bear hug to Maryam only)

Toodles!

DdyFedora
#17BulanSudah + 1

Ddy doakan semoga dilapangkan rezeki untuk anda semua dunia dan akhirat. Anda kaya dan berjaya!

xoxo

Anda ingin jana pendapatan pasif online dengan bisnes tanpa modal dan patuh syariah? Sila klik link ini dengan segera.

  • Sila klik Follow dan set SEE FIRST di FB Ddy untuk lebih perkongsian dan tips eksklusif bisnes
  • Daftar dan sahkan email anda di ruangan bawah untuk mendapatkan ebook eksklusif MJBelle secara PERCUMA sebelum link ini ditutup

bisnes online tanpa modal dari rumah jutawan online daftar mary jardin agent mjbelle ddy siti khadijah lukman dropshipper kisah motivasi bisnes

error: Content is protected !!